Menukar file seperti PDF ke Word dan lain-lain
Download video daripada youtube
Anda ada lagu kegemaran yang ingin dimuat turun tetapi hanya boleh didapati di dalam bentuk video di talian? Jangan panik! Ada banyak cara untuk melakukannya dan MPC tunjukkan satu cara yang boleh anda lakukan sendiri.
Langkah 1: Masuk ke laman Youtube yang mengandungi lagu atau video muzik kegemaran anda. Taipkan nama lagu dan sebagai contoh kita cuba lagu Adele - Skyfall yang sedang popular sekarang ini.Langkah 2: Salin (copy) alamat URL lagu.
Langkah 3: Buka laman web www.flvto.com dan masukkan (paste) alamat URL tadi.
Langkah 4: Pilih format fail yang anda mahukan dan kita cuba MP3. Klik butang Convert.
Langkah 5: Bersandar dan rileks, biarkan laman web ini melakukan tugasnya.
Langkah 6: Apabila fail anda telah ditukarkan 100%, butang download akan muncul dan klikdownload. Simpan di storan yang anda mahukan. Hanya beberapa saat dan SIAP!
ejawi.net merupakan satu laman web khas yang dihasilkan untuk pencinta tulisan jawi. Anda yang hendak menukarkan tulisan rumi ke tulisan jawi boleh menggunakan khidmat ejawi.net dengan mudah dan cepat. Amat disyorkan kepada para guru khususnya GPI untuk mengajar dan sebagainya.
Link Web : ejawi.net
Salin Skrin Dengan Mudah
Sudah beberapa kali anda mahukan maklumat penting yang terkandung di laman web tetapi tidak disokong oleh perisian yang boleh membantu anda melakukannya. Cara lama adalah dengan menandakan bahagian yang anda mahu menggunakan tetikus dan kemudian tampal ia ke dalam dokumen Word atau PowerPoint.
Lupakan cara lama ini kerana ia memakan masa terutama sewaktu anda perlu maklumat disalin dengan cepat. Jadi apa yang boleh anda lakukan ialah bukan menyalin maklumat satu-persatu tetapi anda boleh salin keseluruhan skrin!
Ada sesetengah komputer menawarkan aplikasi ini terbina di dalamnya seperti Windows 7 dan Windows 8. Tetapi sekiranya anda berada di tempat awam dan menggunakan peranti yang tidak menawarkan aplikasi Screenshot seperti netbook dan tablet, mungkin aplikasi talian ini bermanfaat buat anda.
Ia membolehkan anda merakam imej skrin secara talian dengan satu klik. Caranya juga cukup mudah. Selepas anda menyalin hanya alamat URL yang mengandungi maklumat yang anda inginkan, kunjungi laman web http://ctrlq.org/screenshots untuk memulakan. Masukkan alamat tadi ke kotak input dan tekan butang ‘Screen Capture’ setelah selesai.
Aplikasi ini akan bekerja secara merakamkan imej laman web yang diminta pada pelayar webkit 1024x768 satu halaman penuh dalam fail PNG. Anda dibenarkan mengambil imej skrin maksimum 10 kali sejam dan imej tersebut adalah dalam bentuk cache bagi mengurangkan beban pelayan dan boleh dibuka bila-bila masa yang anda perlukan.
Selain itu, menggunakan reka bentuk web yang sangat responsif, ia mampu berfungsi merentasi semua platform peranti termasuk iPad atau pun pembaca e-book anda. Walaupun iPad, iPhone dan sesetengah peranti Android memiliki aplikasi untuk screenshot terbina, kelemahan ketaranya adalah ia tidak mampu untuk merakamkan imej screenshot laman web secara penuh. Jadi, aplikasi atas talian ini membantu merealisasikan hasrat tersebut.
Kekurangannya, ia tidak dapat merakamkan imej skrin halaman yang memerlukan daftar masuk (login) seperti peti mel, laman sosial dan sebagainya. Ia juga tidak boleh menyalin laman web yang menggunakan binaan Flash seperti pemain video Youtube.
Namun selain itu, jika anda ingin membaca maklumat pada masa lain atau menyimpan maklumat laman web tertentu sebagai rujukan pelajaran anda, boleh guna cara ini. Tukar URL kepada imej PNG beresolusi tinggi bagi pembacaan yang lebih selesa dan ini cara yang lebih cekap.
Buat Puzzle dengan mudah
Menukar fail PDF kepada falsh page
Merakam video dalam PC secara online
0 comments:
Post a Comment