KETUA
PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
“GURU
INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI
PENDIDIKAN
NEGARA”
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam
sejahtera.
Tuan-tuan, puan-puan warga
pendidik dan murid-murid
yang dikasihi sekalian,
1. Semenjak tahun 1972,
peranan dan fungsi guru telah diiktiraf begitu
signifikan dan diabadikan
menerusi ungkapan tema Hari
Guru yang diraikan
pada 16 Mei
setiap tahun. Guru
dipandang tinggi sebagai
pemangkin pembangunan negara,
pembentuk generasi dan menjadi asas
kemajuan pendidikan negara di
samping memacu kejayaan rakyat. Guru
yang melengkapi diri dengan kualiti
dan Standard Guru Malaysia
diakui mampu menjamin keberhasilan
negara, antaranya guru yang inovatif dan
kreatif teras kejayaan
wawasan, guru berkesan
pendidikan cemerlang, guru
berkualiti pemangkin kegemilangan
dan guru cemerlang
negara terbilang.
2. Pada tahun ini, tema “Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara” telah
dipilih sebagai galakan
kepada guru menyuburkan inovasi. Tema ini selaras dengan
pengisytiharan oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri Malaysia
bahawa tahun 2012 merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional. Sehubungan
itu, amat wajarlah bagi para pendidik
mempersiap diri membudayakan inovasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti koakademik serta kokurikulum di dalam dan di luar bilik
darjah.
3. Sebagai golongan
profesional yang menjana
dan menjuarai perubahan,
kita perlu peka
dan bersedia memperlengkapi diri
menjadi guru yang inovatif. Guru
yang inovatif berupaya menjana idea, konsep atau strategi
baru yang boleh
mempertingkat amalan berkesan
dalam menyampaikan ilmu kepada
generasi anak didik. Guru yang inovatif juga
berkemampuan mencipta kelainan
atau modifikasi menggunakan
unsur dan sumber
sedia ada serta menjelmakannya sebagai
elemen sintesis yang memudah
dan melancarkan proses pengajaran
dan pembelajaran. Selain
itu, seorang guru
yang inovatif juga mempunyai
tahap ketekunan yana tinggi,
belajar daripada kesilapan,
menyusun dan mengurus
idea secara perekodan
sistematik serta sentiasa
cenderung mendapatkan pengetahuan baharu. Natijah yang akan
dihasilkan ialah modal insan yang
berpengetahuan dan bermaklumat serta berinovatif dalam mempermajukan teknologi,
berkebolehan mencerna dan
mengadaptasikan teknologi dan
seterusnya berupaya mengembangkan idea-idea.
Warga pendidik yang diraikan sekalian,
4. Kesinambungan sistem
pendidikan negara dimanifestasi
melalui transformasi yang
berbentuk dinamik dan
progresif yang akan
direalisasikan oleh para
guru yang inovatif,
proaktif, berdedikasi, dan
berdaya saing. Sehubungan
itu, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah melaksanakan
program bina upaya
untuk meningkatkan amalan
profesionalisme keguruan bagi menyokong usaha melaksana
transformasi pendidikan secara
keseluruhan. Objektif Pelan
Pembangunan Profesionalisme Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan secara
khususnya bermatlamat melahirkan
para pendidik yang
berwatak profesional, berkompeten dan berkesanggupan memikul amanah
yang lebih besar.
Warga pendidik sekelian,
5. Pelbagai ganjaran
disediakan dan inisiatif
direncana oleh pihak
kerajaan bagi memastikan
kebajikan dan kesejahteraan
guru terjamin. Keprihatinan
kerajaan ini disalurkan menerusi pelbagai
usaha, misalnya melalui
pemberian dan penganugerahan kepada warga guru seperti dalam aspek
perjawatan dan perkhidmatan.
Anugerah dan beberapa
penambahbaikan dalam skim
perkhidmatan guru menggambarkan
keprihatinan kerajaan kita. Sesungguhnya perkara ini diharapkan
menjadi sebagai satu inspirasi dan
dorongan kepada guru untuk terus memberikan
perkhidmatan yang effisyen dan cemerlang dalam dunia pendidikan yang berkembang
pesat di samping
melengkapkan diri bagi
menghadapi cabaran global.
6. Pihak kerajaan
dan kementerian juga
amat prihatin dengan
beban tugas guru
yang semakin bertambah
dan rencam. Sehubungan
itu, bermula pada tahun 2012,
Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu
Beban Tugas Guru (JKPMIBTG) telah memberikan tumpuan kepada lima fokus utama bagi menangani isu beban tugas guru iaitu menambah
baik pelan operasi
latihan tahunan untuk
mengelakkan pertindihan kursus;
menambahkan staf sokongan
untuk tugas perkeranian;
mengurangkan bilangan jawatankuasa
di peringkat sekolah;
mengurangkan bilangan ujian/peperiksaan dan meningkatkan penggunaan
ICT dalam pengurusan sekolah dan
pengajaran dan pembelajaran.
7. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili semua warga pendidik di negara ini untuk menyatakan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak kerajaan yang tidak pernah meminggirkan kebajikan para guru. Keprihatinan berterusan oleh kerajaan ini merupakan suntikan semangat agar warga pendidik terus gigih, inovatif, berdedikasi dan berintegriti dalam menggalas tanggungjawab melahirkan generasi masa depan yang berjati diri, berdaya saing, bertanggungjawab, berpegang teguh kepada ajaran agama serta mengamalkan nilai sejagat.

Anak-anak murid yang disayangi sekelian,
8. Saya yakin bahawa tanggungjawab berat yang digalas oleh para guru di samping tekanan yang dihadapi sedikitpun tidak melunturkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak didik semua. Semua guru yang ada di hadapan murid-murid semua adalah guru penyayang. Kehadiran murid ke sekolah tentulah dengan harapan dan semangat untuk menimba ilmu dan mempertingkat kualiti diri. Setiap murid di mata dan hati seorang guru adalah permata yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan tersendiri. Jika digilap dan dikembangkan potensinya nescaya akhirnya mereka dapat menjadi individu dan warganegara yang berdaya saing, berfikiran kreatif dan kritis, berbudi pekerti mulia dan sedar akan kepentingan amalan berterima kasih. Sekiranya ada antara murid-murid yang ditegur oleh guru, janganlah mudah berkecil hati atau merasa diri kurang disayangi. Anggaplah para guru sebagai ibu dan bapa di sekolah yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang terbaik untuk murid-murid semua.
9. Akhir kalam, besarlah harapan saya agar warga pendidik yang dikasihi sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan. Selaku pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, warga pendidik mempunyai kedudukan tersendiri, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Marilah kita teruskan amalan budaya kerja cemerlang, sikap kebertanggungjawaban, istiqamah dan semangat mujahadah setiap daripada kita untuk melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa. Sebagai penutup, ingin saya titipkan mutiara kata Syeikh Muhammad Abduh, seorang tokoh pendidikan di Mesir, “Kemuliaan ialah membangun umat yang telah binasa, membuka selubung kebodohan mereka, memberi peringatan dan petunjuk (hidayah), menuntut hak yang terampas, mengingatkan akan kemuliaan yang hilang, membangun umat dari tidur dan kelalaian mereka, serta menyatukan suara untuk memperbaharui gerak langkah”.

WARGA PENDIDIK
YANG DIKASIHI SEKALIAN
TERIMA KASIH
CIKGU … “SELAMAT HARI GURU”!
DATO’ SRI ABD
GHAFAR BIN MAHMUD
Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia
Perutusan
Hari Guru 2012
0 comments:
Post a Comment